Delish Magic Cooking Cube (Kiub Masakan Ajaib Delish) bukan sahaja menonjol sebagai pilihan perencah yang mudah dan cepat, tetapi juga sebagai alternatif yang lebih sihat di pasaran kini.
Dengan kandungan garam yang rendah serta bebas daripada gluten, perasa dan pewarna tiruan serta bahan tenusu, Delish menawarkan sesuatu yang lebih kepada pengguna yang mementingkan kesihatan tanpa mengorbankan rasa.
Pelbagai rasa tradisional citarasa Asia yang ditawarkan seperti Kari Malaysia, Soto & Bakso, Asam Pedas, Gulai Padang, Tom Yam Putih, Masak Paprik, Oden, Tikka Masala, dan Masam Manis membolehkan pengguna menikmati hidangan kegemaran mereka dengan cara yang mudah dan ringkas.
Dengan hanya menambah air tanpa tumisan, protein seperti ayam atau daging, dan sayur-sayuran, pengguna boleh menghasilkan hidangan lazat yang seakan-akan dimasak di rumah dalam masa kurang dari 10 minit!
Produk ini amat sesuai untuk golongan yang sibuk seperti wanita berkerjaya, pelajar, pengembara dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja.
Pada mulanya dikenali sebagai ‘Delish’, nama produk ini diilhamkan daripada sebutan British ‘Delicious’, yang bermaksud kelazatan.
Namun, untuk memperkenalkan identiti jenama yang lebih kuat dan memberikan impak yang lebih besar kepada pengguna, H&S Delight bakal melakukan penjenamaan semula yang lebih dinamik, menjadikan produk ini dikenali sebagai ‘Delisha’s.’
Delish Magic Cooking Cube juga telah mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM, serta memiliki sijil GMP dan MESTI yang membolehkannya dieksport ke luar negara.
Produk ini telah pun menembusi pasaran di UK, Perancis, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Kemboja dan Kanada, menjadikannya salah satu jenama yang dipercayai dalam kalangan pengguna antarabangsa.
Lebih menarik, produk ini juga telah mendapat tempat di hypermarket terkemuka seperti AEON dan MYDIN di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara menjadikannya mudah diakses dan dikenali oleh pengguna, selain kedai-kedai runcit dan jualan secara dalam talian di Shopee dan TikTok.
Dengan kapasiti pengeluaran yang mampu mencapai 5 juta kiub, Delish Magic Cooking Cube kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi jenama perencah pilihan di Malaysia dan juga di peringkat global. – JURNAL