Ahmad Zahid Sahkan Perletakan Jawatan Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri Melaka

Follow:

Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka kini terjawab dengan perletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Perkara itu disahkkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mencadangkan nama calon Ketua Menteri baharu.

Sulaiman dilantik selaku Ketua Menteri Melaka ke-12 pada Mac 2020.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah menerima surat perletakan jawatan Ketua Menteri Melaka.

“Saya akan menghadap Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang bersesuaian bagi Ketua Menteri Melaka yang baharu.

“Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT menerima watikah yang akan dikemukakan dan majlis angkat sumpah mengikut kesesuaian tarikh TYT,” katanya dalam sidang media di Bentong, Pahang hari ini.

Sumber sebelum ini mendedahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu Jumaat ini.

Ab Rauf juga berperanan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka.

Beliau yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri bagaimanapun meminta semua pihak umenunggu pengumuman rasmi berhubung khabar angin tersebut Jumaat ini.

“Saya tidak boleh memberikan apa juga komen tentang spekulasi ini,” katanya. – JURNAL

Sumber: AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist