Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda.
“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.”
Beliau turut menyampaikan doa tulus ikhlas kepada Baginda Sultan dan Raja Permaisuri agar sentiasa dalam perlindungan Allah.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya,” katanya lagi.
Selain itu, Anwar juga mendoakan agar Sultan Nazrin kekal qarar memerintah negeri Perak dengan adil dan saksama.
Ucapan penuh makna ini menzahirkan penghargaan Perdana Menteri terhadap peranan Sultan Nazrin sebagai pemimpin yang dihormati dan disayangi rakyat negeri Perak. – JURNAL