Produk kosmetik dan kecantikan popular, Zeeta tetap dengan pendirian tegas meletakkan syarat mana-mana selebriti yang menjadi duta atau wajah promosi serta kempen perlu bertudung.
Keputusan nekad itu seiring dengan cerminan dua nilai teras diperjuangkan jenama berkenaan selama ini iaitu terinspirasi dan terpelihara (Be Inspired dan Be Protected).
Menurut pengasasnya, Zaiti Noordin, pihak mereka bukan melawan arus sebaliknya sedar pegangan serta prinsip diperjuangkan itu sudah diguna pakai kebanyakan ahli perniagaan mahupun pengasas produk.
Kata Zaiti lagi yang sudah membangunkan jenama berdaftar di bawah Zeeta Group Resources sejak 2013, ia disifatkan sebagai dakwah kecil.
“Mungkin selama ini pilihan artis atau selebriti tidak bertudung lebih diutamakan. Tapi kami sedari dulu lagi, setia dangan prinsip meletakkan wajah atau duta produk semestinya bertudung.
“Sekalipun ada selebriti tidak bertudung, kami meminta jasa baik dan kerjasama mereka untuk sekurang-kurangnya menutup aurat ketika mempromosikan produk.
“Contoh terbaharu ialah Reen Rahim yang sudah mempersetujui syarat dan kehendak berkenaan selepas menjalinkan kerjasama dengan kami,” kata Zaiti.
Kata Zaiti lagi, dalam konteks memberi inspirasi, Zeeta ingin memecah tembok pemikiran wanita berhijab di Malaysia sekali gus memperkasa golongan berkenaan.
“Kami ingin mengubah stereotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Dalam konteks memelihara pula, ia lebih jelas sebagaimana kita balut buku untuk memelihara kulit depan dan belakangnya atau memakai langsir di tingkap untuk mencantikkan.
“Tak lupa keselamatan makanan terjaga dengan mengguna penutup saji. Begitu juga dengan cara Islam menghargai dan memelihara keindahan wanita. Zeeta juga ingin memelihara keindahan wanita dengan cara sama.
“Malah ejen berdaftar kami juga bagai faktor dorongan atas usaha ini yang memilih untuk menggunakan kandungan bahan atau video wanita menutup aurat sahaja,” katanya.
Terdahulu, jenama yang beribu pejabat 2-23, Sentral Business Suite, Kompleks Sentral Point, Jalan TKS 1, Kajang ini pernah menggunakan khidmat artis seperti Nad Zainal dan Fazlina Ahmad Daud.
“Alhamdulillah asbab daripada kerjasama terjalin ada hikmah berharga. Nad dan Fazlina kini seperti diketahui umum juga sudah bertudung.
“Kami sendiri teruja dan terharu apabila mereka diketuk hidayah selepas menunaikan tuntutan tugas untuk berhijab ketika kerjasama terjalin. Hijrah mereka sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana kerana perubahan sebegitu boleh berlaku sekelip mata dengan izin Allah.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum tanpa memahami. Kuasa penampilan artis ini sedikit sebanyak membuka mata dan mengubah perspektif terhadap wanita bertudung termasuk dari segi ketrampilan dan kekuatan untuk berjaya dan bahagia,” katanya.
Sementara itu, jenama ini yang mengeluarkan sekitar 10 produk ini mempunyai tarikan tersendiri selain sokongan lebih 5,000 ejen berdaftar.
“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari 2010 hingga 2013. Produk yang kami jual termasuk Mandi Bunga, Sabun Badan, Energy Booster Aromatherapy, serum wajah, sabun jeli, sabun beras batik dan macam-macam lagi.
“Harga produk juga berpatutan dari sekitar RM12 hingga ke RM60. Insya-Allah kami sasarkan jualan bulan sebanyak RM150,000 ke RM200,000. Manakala sasaran jualan setahun pula sebanyak RM3 juta.
“Insya-Allah kami merancang untuk merekrut lebih ramai lagi ejen aktif baharu termasuk yang berada di luar kota. Untuk lanjutan boleh klik
https://linktr.ee/zeetaofficial ,” katanya.
Sejak melebarkan empayarnya, Zeeta berjaya meraih pelbagai penghargaan dan anugerah. Terbaharu jenama itu diiktiraf sebagai Excellence Women CEO Award In Beauty & Cosmetics Industry 2021 daripada Asia Business Leadership Excellence.
Sementara itu, Reen Rahim yang baru-baru ini tular mengenakan hijab ketika menjayakan sesi fotografi jenama Zeeta mempromosikan produk baharu, Perfect Match (set satu sabun badan dan mandi bunga) mengakui ia pengalaman pertama diminta ‘client’ untuk bertudung.
“Mula- mula memang mereka (pihak Zeeta) takut Reen kecil hati dengan permintaan bertudung ini. Tetapi sebenarnya, Reen sangat gembira dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Dalam hidup ini, apa yang Allah SWT susun tiada yang kebetulan. Doakan semoga segenap hati Reen nanti menutup aurat kerana-Nya. Amin,” kata pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu.
Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim cukup teruja dipilih sebagai wajah kempen baharu itu.
Majlis pelancaran berlangsung 8 Julai lalu di Colony, KL serentak dengan Mesyuarat Tahunan jenama itu bersama ‘top leader’ yang dilakukan serentak di platform Facebook, Instagram dan TikTok.
“Secara rahsianya, Reen menjadi pengguna produk itu sejak 2020 lagi. Masa itu Reen menyokong dengan membeli tanpa meminta tajaan.
“Dipendekkan cerita, pihak mereka tahu Reen pengguna setia dan mula mendekati diri ini. Jujur, jika produk ini tak bagus dan berkesan, Reen takkan pakai dari tiga tahun lalu lagi.
“Salah satu sebab Reen ingin mewakili jenama ini kerana mahu semua golongan wanita memakainya kerana ia cukup berbaloi digunakan. Malah Reen syorkan kepada ibu dan kakak, ternyata ia bagus serta efektif untuk aura, minda juga ketenangan.
“Mungkin dengan pembabitan Reen ini, akan lebih ramai mencuba dan mengambil tahu fasal produk berkenaan. Nak tahu dan faham keberkesanannya, memang kena cuba sendiri,” kata Reen. – JURNAL