Individu yang tular dengan ciapan biadab mendoakan kematian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf.
Pengguna Twitter, Zaki Yamani menulis permohonan maaf terbuka kepada isteri dan keluarga Abdul Hadi.
“Mengambil perhatian ciapan PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini menggores perasaan,” katanya menerusi ciapan pada Isnin.
Pada Sabtu, Zaki menulis ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA: PM Anwar Dedah Terima Ugutan Daripada ‘Geng Penyakau Besar’
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad, yang kesal dengan tindakan Zaki Yamani menggesanya memohon maaf atas hantarannya itu. – JURNAL