Pelakon dan personaliti Yana Samsudin baru-baru ini telah melancarkan produk minuman terbaharu jenama sendiri iaitu ‘Minuman Susu Oat Bagoos’.
Yana berkata, selain objektif utamanya untuk mengajak orang ramai menukar gaya hidup ke arah yang lebih sihat, dia juga mahu mengajak orang ramai menjana pendapatan bersama, khususnya kaum wanita dan para ibu.
“Saya ingin membantu wanita di Malaysia menjana pendapatan sendiri sehingga menjadi usahawan bersama saya.
“Sekarang ini pun sudah semakin ramai wanita menjalankan bisnes sendiri. Sudah tiba masa golongan suri rumah ada punca duit sendiri.
“Saya alu-alukan kehadiran para wanita semua untuk menjana pendapatan bermula RM500 sehingga RM5,000 sebulan,” katanya positif.
Oleh itu, Yana menjemput golongan suri di Malaysia untuk menjana pendapatan melalui dropship dan agen Minuman Susu Oat Bagoos.
Mengulas mengenai produk terbaharunya itu, Yana berkata, segalanya bermula apabila beliau mula memikirkan tentang gaya hidup yang lebih baik, apatah lagi ketika usia semakin meningkat dan dalam masa sama boleh dimanfaatkan seisi keluarga termasuk anak-anak.
“Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mahukan yang terbaik buat keluarga. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pengambilan makanan mereka seperti makan berkhasiat, makan mengikut waktu, dan cepat untuk disediakan.
“Tetapi saya sedar kadang kala kekangan masa itu membataskan dan saya percaya para ibu di luar sana turut melalui pengalaman sama. Jadi saya terfikir, mengapa tidak saya hasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga, peminat saya.
“Saya tau kesihatan itu lebih mahal dari segalanya. Jadi mengahasilkan sesuatu yang bermanfaat adalah pilihan tepat.
“Tambahan juga saya adalah seorang yang cerewet dalam pemilihan makanan atau apa sahaja yang masuk ke dalam perut saya dan saya siapkan hidangan untuk keluarga saya.
“Contohnya, kalau orang lain nampak makanan itu adalah makanan, tapi saya nampak makanan itu seperti sains makanan, saya akan mengira portion seperti serat, protein dan karbohidrat serta jumlah kandungan kalori yang saya ambil. Dan begitu juga jika menghidangkan makanan untuk keluarga saya.
“Secara ringkasnya saya fikir, mengapa tidak saya kongsikan dengan semua apa yang menjadi amalan saya dan keluarga selama ini.
“Sebelum ini pun ketika saya keluarkan jenama tudung sendiri, saya pakai dahulu baru saya hasilkan dan pasarkan. Samalah juga apabila saya keluarkan produk minuman ini, bermakna saya sendiri sudah mencubanya,” katanya.
Tambah Yana, untuk menghasilkan minuman susu oat Bagoos, beliau telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk selama hampir setahun.
Katanya, minuman ini merupakan produk tanpa tenusu dan krimer serta sangat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang mempunyai penyakit ekzema.
“Saya telah menjalankan R&D selama hampir setahun untuk pastikan rasanya dapat diterima oleh pelbagai lapisan umur, jantina dan pastinya ahli keluarga dan teman-teman terdekat saya telah menjadi testimoni terawal di peringkat R&D .
“Produk minuman tanpa krimer dan tenusu ini juga sangat dekat dengan diri saya, sebab saya ada ekzema. Jadi saya elak menggunakan bahan pengawet dan pewarna dalam minuman harian pati oat ini.
“Tiada GMO dan mengandungi beta glucan yang dapat menjaga jantung dan membantu merendahkan kolestrol,” katanya.
Minuman susu oat Bagoos mempunyai lima pilihan perisa yang enak tetapi buat masa ini Yana memilih untuk mengeluarkan tiga perisa terlebih dahulu iaitu MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK CHOCOLATE, MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK DATES dan MINUMAN SUSU OAT BAGOOS OATMILK DRINK WITH OAT & CHIA SEEDS.
Setiap kotak mengandungi 12 sachet/peket yang boleh diminum segera dengan sekali bancuhan. Semua nya diperbuat dari bahan premium.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://t.me/bagoosMy – JURNAL