Xiaomi Malaysia mencipta sejarah dengan pembukaan ‘retail store’ pertama yang dikendalikan sepenuhnya oleh Xiaomi sendiri. Terletak di IPC Shopping Centre, Petaling Jaya, kedai ini menampilkan lebih 300 produk inovatif termasuk telefon pintar dan peranti AIoT pintar yang menyokong strategi baharu mereka, “Human × Car × Home”.
Menurut Pengurus Besar Xiaomi Asia Tenggara, Alex Tang, pembukaan retail store ini adalah langkah penting dalam memberikan pengalaman holistik kepada pelanggan, sambil mempamerkan keupayaan teknologi pintar yang mampu memperkayakan kehidupan harian.
“Pembukaan kedai ini memperkukuh strategi kami untuk menawarkan pengalaman ‘Human × Car × Home’. Dengan pasukan terlatih dalaman, kami yakin dapat menyediakan pengalaman yang lebih holistik kepada pelanggan,” ujarnya.
Eddie Huang, Pengurus Negara Xiaomi Malaysia dan Singapura pula menegaskan bahawa ‘retail store’ ini mencerminkan komitmen Xiaomi dalam menyediakan teknologi terkini kepada semua dengan harga berpatutan.
“Ini adalah pencapaian besar bagi Xiaomi. Kami komited untuk menyediakan teknologi inovatif kepada semua, dan kedai ini menjadi bukti visi kami,” katanya.
Sempena pembukaan, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik sehingga 1 Januari 2025. Peluang memenangi hadiah eksklusif serta hadiah utama seperti Xiaomi TV A Pro 55 2025 menanti pelanggan yang berbelanja di ‘retail store’ ini. Aktiviti tambahan seperti Snap & Win turut dianjurkan, membolehkan pelanggan membawa pulang hadiah hanya dengan berkongsi gambar kunjungan mereka di media sosial.
Retail store ini menjadi bukti komitmen Xiaomi untuk terus mendekati pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih berkualiti serta akses kepada rangkaian produk inovatif. – JURNAL