Waris Allahyarham Sakinah Mohd Nadzir, 29, seorang daripada mangsa yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin lalu layak menerima pencen penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, pihaknya telah melakukan semakan dengan majikan Allahyarham iaitu pemilik Tadika Al-Munir dan mendapati Sakinah merupakan seorang pencarum Perkeso.
Ibu dan bapa arwah akan dibayar seumur hidup, manakala adik lelaki mangsa yang kini berumur 19 tahun dibayar hingga berumur 21 tahun,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis.
Nora berkata, Zainun dan Mohd Nadzir juga layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM1,000 seorang.
Sebelum itu, Nora menyerahkan cek bayaran Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 kepada pasangan berkenaan di kediaman keluarga itu di Kampung Bendang Surau, Morak, Kelantan.
Dalam kejadian tragis tersebut, tiga beradik perempuan terbabit iaitu Sakinah, Nor Syazwani Mohd Nadzir, 33 dan Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27, meninggal dunia akibat direnjat arus selepas seorang daripada mereka terpegang sebatang tiang elektrik. – JURNAL