Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani masih belum tampil biarpun sudah lebih seminggu siasatan pihak polis berhubung kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Abdul Wahab.
“Meskipun sudah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan, namun sehingga setakat ini, Abdul Wahab masih belum tampil.
“Kita telah menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya, namun telefon bimbit miliknya dimatikan,” katanya.
Tambah beliau lagi, maklumat dan keterangan daripada Wahab amat penting sekaligus dapat mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan. – JURNAL