Selepas tular mengenai kecurangannya dengan seorang pekerja berbangsa Melayu, pempengaruh View Chin tampil membuat permohonan maaf.
View Chin menerusi hantaran di Facebook turut mendakwa perniagaannya merosot dan terganggu selepas kemelut rumah tangganya dengan isteri tular.
Dakwa View Chin lagi, beberapa ‘seller’ juga telah menuntut wang mereka dikembalikan selain bertanyakan tentang isu tular tersebut.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya.
“Saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda.
“Saya akan bagi statement secepat mungkin bagi saya masa untuk perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa.
“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa-apa, barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller dan semua brand barangan bertanya berkenaan perkara yang viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.
“Saya perlu satu persatu meniawab setiap seller dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu.
“Perkara ini menimpa sampaikan bisnes saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dengan staf saya juga kena kacau oleh mereka.
“Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab,” luahnya dalam hantaran itu.
Terdahulu, warga maya kecoh apabila isteri kepada View Chin memuat naik pelbagai bukti mesej, gambar dan video yang mendakwa dirinya curang dengan seorang wanita.
Isterinya menerima sokongan padu netizen atas pendedahan itu, namun View Chin dan wanita tersebut terus dihujani dengan pelbagai kecaman. – JURNAL