Gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam satu kebakaran di Seksyen 7, Shah Alam pada pagi Ahad.
Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 7.19 pagi.
@jurnal.malaysiaa Wisma Jakel di Shah Alam terbakar awal pagi tadi. Hampir 80 peratus bangunan musnah dijilat api. #trending #viral #jurnalmalaysia #jakel #shahalam #terbakar #exclusive #isusemasa #terkini #jurnal #article #news #currentaffairs #hangat #panas #beritaviral #fyp #foryoupage ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus dan bahagian dalam bangunan musnah dijilat api.
“Bagaimanapun, api berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh lebih kurang sejam.
“Ketika ini pasukan JBPM sedang melaksanakan pemadaman bara bara api dan timbunan kain,” katanya.
Norazam menambah tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, dan punca insiden masih dalam siasatan. – JURNAL
Kredit video: Aidid Marcello