Heboh tentang seorang wanita bertudung dirakam menjual hidangan berasaskan babi dan alkohol di sebuah gerai pasar malam di Woodlands, Singapura baru-baru ini.
Situasi itu dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Shafeeq yang berkunjung ke tapak jualan berkenaan selepas menerima laporan di media sosial berhubung perkara itersebut.
Dalam video berdurasi 1 minit 32 saat itu, ia memaparkan perbualan lelaki dan penjual berhijab terbabit.
Ketika disoal sama ada dia menggunakan bahan halal ataupun tidak, wanita berkenaan terus menanggalkan poster tersebut.
Menurutnya, menu yang dipaparkan merupakan hidangan lama dan akan digantikan dengan yang baharu selepas kejadian itu.
Namun, bahan masakan serta daging yang dijual di gerai itu masih meragukan dengan kesedaran masyarakat terhadap isu tersebut juga turut merisaukan.
Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengadakan serbuan di gerai terbabit dan menegaskan bahawa agama seseorang individu itu tidak menentukan status halal atau haram hidangan yang disediakan.
MUIS turut menasihatkan agar orang ramai perlu menyemak menu serta bahan yang terkandung dalam hidangan dijual supaya makanan yang dibeli selamat untuk dimakan terutamanya bagi umat Islam. – JURNAL