Kawasan persekitaran Bukit Bintang, Kuala Lumpur dilihat sudah kembali ke ‘wajah asal’ selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita premis timur tengah di hadapan pusat membeli belah Lot 10, pada Sabtu lalu.
Di platform media sosial, wargamaya mula berkongsi video sekitar kawasan terbabit yang kelihatan lapang dan tenang.
“Dah kembali pada wajah asal. Tenang dan lapang! DBKL angkut habis, hilang dah Zaitoun,”
“Tahniah DBKL. Licin tanpa was-was!”
“Baru la nampak luas, hari tu mengganggu, serabut orang nak jalan.”
Antara komen-komen yang ditinggalkan wargamaya.
Terdahulu tular sebuah video di media sosial mengenai premis ‘Zaitoun’ yang menjual khunafa dan manisan arab disita DBKL kerana tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.
BACA: Ini Punca Kedai Arab Di Tengah Bukit Bintang Disita DBKL
Turut tular aksi kurang manis orang awam terutama wanita, yang berinteraksi dengan peniaga kedai berkenaan sehingga ramai beranggapan premis tersebut disita disebabkan perkara tersebut. – JURNAL