Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjalankan siasatan berhubung kes viral melibatkan sebuah helikopter yang mendarat di Shah Alam.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 17 April lalu dan helikopter tersebut dirakam orang awam ketika mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11.
Menerusi video dirakam mendapati helikopter terbabit telah mendarat untuk menghantar seorang pelajar sekolah daripada sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit setelah menerima makluman berkaitan kejadian menerusi video tular.
@jurnal.malaysia Fuh! Kalau lambat datang sekolah lagi tak tahu lah😅 #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #swasta #setiaecopark #sekolah #helicopter ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) dan akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan selanjutnya.
Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter yang mendarat di kawasan lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam dekat sini.
Video tersebut rata-ratanya menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang mempertikaikan kejadian tersebut. – JURNAL