Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan sebuah video tular yang menyebabkan tokoh negara tersebut difitnah.
Sejak semalam, tular potongan video Anwar secara tidak sengaja melanggar Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media, baru-baru ini.
Ekoran itu, beberapa individu tidak bertanggungjawab bertindak menyebar potongan video tersebut dan melemparkan pelbagai tuduhan tanpa mengetahui cerita sebenar.
Lizzy menerusi laman sosial Instagramnya menjelaskan, insiden tersebut berlaku kerana dia yang berundur ke belakang untuk mendapatkan video bersama PM sehigga melanggar tokoh negara itu secara tidak sengaja.
@jurnal.malaysia Lizzy betul-betul tak sengaja la😢 #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #ramadan #sengaja #langgar #pmx #jamuanraya ♬ original sound – Jurnal Malaysia
PM ketika itu berada di belakangnya, sedang bersalaman dengan orang di sekeliling.
“Teruja sangat jumpa DS (Datuk Seri) @anwaribrahim sampai saya terlanggar dia. OMG, maaf,” katanya.
Lizzy turut memberi reaksi kepada pertanyaan seorang pengguna berhubung situasi itu yang menuduhnya “sengaja.”
Lizzy kemudian menjawab, insiden yang berlaku sekelip mata itu disebabkan dia cuba mendapatkan sudut video Anwar dengan lebih dekat.
“Saya cuba dapatkan close up sikit. Tapi saya tak terfikir DS nak salam orang di depan saya.
“Ya ini laju (sepantas kilat) gila sebab ramai orang. Ini pertama kali dapat jumpa, baru saya tahu situasinya macam mana,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, video dikongsikan Elizabeth atau Lizzy itu mencetuskan polemik dalam kalangan warga maya.
Ada antara mereka meminta Lizzy untuk menurunkan video berkenaan.
“Harap padam video ini. Nanti jadi bahan politik. Kasihanlah pada PMX, kena fitnah hari-hari,” kata seorang pengguna Instagram.
Ada juga yang meminta individu menabur fitnah supaya membuat permohonan maaf kepada PM. – JURNAL