Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.
Arahan dikeluarkan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, susulan pemeriksaan oleh penguat kuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan di premis itu tidak memuaskan.
“Sehubungan itu, tindakan penutupan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan.

“Sebanyak enam notis kompaun turut dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menegaskan KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan, beliau meminta orang ramai terutama pengusaha makanan agar memastikan aspek kebersihan makanan dijaga bagi mengelak keracunan dan penyakit. – JURNAL