Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) Abu Bakar mengumumkan dia kini ahli UMNO bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum baru-baru ini.
Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam satu video pendek di akaun TikTok BN Sungai Buloh pada Ahad.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, keputusan berpindah kawasan itu diambil kerana mahu menyelesaikan urusan yang tertangguh dan berhasrat mahu jadikan kawasan itu sebagai kubu BN.
“Saya tidak suka tinggalkan sesuatu yang diusahakan separuh jalan, sebab memang macam itulah saya, agak perfectionist. Kalau dah kalah, kasi lawan sampai menang.
“Saya takkan mengalah begitu saja dan rasa tidak adil kepada orang-orang di sini,” katanya.
Pada PRU ke-15 lalu, Khairy yang memperoleh 48,250 undi dalam perebutan kerusi Parlimen Sungai Buloh tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan (PKR) yang meraih 50,943 undi. – JURNAL