Menjadikan Nabi Muhammad sebagai sumber inspirasi, lima sekawan dari United Kingdom (UK) akhirnya berjaya menamatkan perjalanan mereka dari Mekah menuju ke Madinah.
Menariknya, kumpulan yang diketuai seorang pemuda bernama Rashid Ali itu hanya berjalan kaki mengikut laluan hijrah Rasulullah.
Menurut entri dimuat naik di laman Twitter, misi itu diilhamkan semata-mata untuk meneladani kisah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi demi menyebarkan syiar Islam.
“Mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad memberikan satu pengalaman seolah-olah baginda ada di sisi berjalan bersama-sama kami.
This is how they were welcomed in Madinah. pic.twitter.com/6BZqyW01tq
— ilmfeed (@IlmFeed) January 22, 2023
“Kita dapat macam-macam iktibar dan pengajaran daripada sejarah hidup baginda dan kasih sayang kami terhadapnya tidak bersempadan,” memetik kata-kata Rashid yang dikongsikan di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Menerusi perkongsian video berkenaan, dapat disaksikan Rashid bersama rakan-rakannya disambut meriah dengan paluan kompang oleh warga Arab yang juga penduduk tempatan.
Five men from Britain have completed a walk from Makkah to Madinah in the footsteps of the Prophet (peace be upon him) along the Hijrah route.
It took them 185 hours to walk 547km. pic.twitter.com/nlPYC4Otcq
— ilmfeed (@IlmFeed) January 22, 2023
Difahamkan, perjalanan kelima-lima lelaki itu mengambil masa selama 185 jam iaitu hampir lapan hari dengan jarak sejauh 547 kilometer.
Untuk rekod, dua daripada lima lelaki tersebut sebelum ini pernah tular di media sosial apabila menjadi Muslim pertama dari UK yang berbasikal dari London ke Mekah untuk menunaikan haji.
Terdahulu, terdapat pengkaji sejarah dan aktivis alam sekitar Arab Saudi berjaya menjejaki semula perjalanan yang menyelamatkan diri baginda Rasulullah seterusnya memberi impak dalam penyebaran agama Islam. – JURNAL