Dua pelanggan dobi layan diri dipercayai pasangan suami isteri mengundang cemuhan warganet apabila memasukkan dua tilam bersaiz ‘single’ ke dalam mesin pengering.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pasangan tersebut ‘termenung’ seketika apabila melihat tilam-tilam tersebut tidak muat ketika dimasukkan ke dalam mesin serta pintu pengering juga tidak boleh ditutup.
Tindakan pasangan terbabit kemudiannya dicemuh netizen yang menganggap mereka melakukan perbuatan kurang bijak.
“Inilah dikatakan bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama cerdik,” komen seorang warganet.
“Macam mana otak diaorang berfungsi? Level lain dah ni,” komen yang lain pula. – JURNAL