Kerajaan Terengganu sebelum ini telah memaklumkan bahawa negeri tersebut sudah bersedia untuk menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah.
Menurut laporan media, sudah tiba masanya kerajaan negeri menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah di Terengganu.
Malah, Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini juga sudah meluluskan rang-rang undang berkaitan perkara itu dan bersedia untuk melaksanakannya.
Perkara itu lantas mendapat perhatian peguam sensasi, Siti Kasim yang memberi respons menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di media sosial.
@sitizkasim #moralpolicing ♬ original sound – Siti Kasim
Dalam video itu, Siti Kasim mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang telah mensyaratkan pemakaian wanita.
“Kau siapa nak tentukan cara pemakaian yang patut dipakai oleh kaum perempuan?” soalnya mempertikaikan keputusan itu.
Malah Siti Kasim juga akur cara pemakaiannya yang tidak patuh syariah dan bertanya adakah Hanafiah Mat akan mendendanya?
Bahkan menyeru agar golongan wanita tidak membiarkan kaum laki menggunakan agama untuk mengawal cita rasa dalam memilih pakaian. – JURNAL
Sumber: BERITA HARIAN