Hati isteri mana yang tidak luluh tatkala mengetahui suaminya berselingkuh dengan wanita lain, apatah lagi orang ketiga itu adalah ibu kandungnya sendiri.
Baru tiga hari dinikahi, seorang wanita dikenali sebagai Norma Risma baru-baru ini mendedahkan lelaki dicintainya selama lima tahun telah berlaku curang dengan mentuanya.
Perbuatan terlarang si suami dan ibunya itu terbongkar setelah pasangan tersebut ditangkap penduduk kampung dalam keadaan tanpa seurat benang.
Perselingkuhan kedua-dua mahram itu dilakukan sewaktu wanita malang tersebut sedang keluar mencari rezeki.
Lebih mengejutkan Norma, rupa-rupanya si ibu dan suaminya sudah menjalin hubungan sebelum lelaki durjana itu menikahinya.
Akibat kejadian itu, Norma telah menuntut cerai daripada suaminya dan terpaksa mengambil ubat penenang bagi meredakan tekanan dihadapinya.
Pun begitu, sebelum dia mengakhiri perkongsiannya yang disiarkan secara langsung di platform TikTok, Norma menyatakan kesediaannya untuk memaafkan ibunya biarpun telah merampas kebahagiaan anak sendiri. – JURNAL