Seorang pengusaha restoran mendakwa, dia terpaksa hentikan jualan menu rahmah kepada pelanggan kerana tidak sanggup lagi menanggung kerugian.
Menerusi perkongsian video di media sosial, pemilik akaun Tong Kayu Cafe Original bernama Fakhrul itu mengakui dirinya merupakan pemilik restoran terbabit yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
“Bahawasanya, saya terpaksa tutup (tidak jual) menu rahmah kerana dua sebab.
“Pertamanya adalah desakan ekonomi memandangkan saya bukanlah peniaga bermodal besar.
“Dan yang kedua, sambutan daripada pelanggan sangatlah kurang, lebih teruk ia mendatangkan kerugian,” jelas Fakhrul dan berharap tindakannya itu tidak dikecam.
@tongkayucafeoriginal Berniaga biar ada untung barulah bersedekah dll. Jika merugikan atau membazir. Maka elakkanlah. Itu yg terbaik. Rezeki luas. Usaha dan dapatkan. Insyallah.. #menurahmahditutup #sayamintamaaf #kerajaanmalaysia #parlimenmalaysia #kerajaannegeripulaupinang #terimakasihsupport #fyp #restorantongkayucafeoriginal #tongkayucafebayanlepas #taksedaptokebelanja ♬ original sound – tong kayu cafe original
Menurut Fakhrul, restorannya memperkenalkan dua hidangan untuk Menu Rahmah iaitu nasi putih ayam kicap serta nasi putih ayam kunyit.
“Kami hanya menyediakan kira-kira 15 pinggan untuk setiap menu, tetapi gagal dijual dan terpaksa membuangnya.
Katanya, keadaan sama berlarutan sehingga tiga minggu dan akhirnya dia nekad menghentikan jualan menu tersebut. – JURNAL