Anak sulung bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown, Qatar.
Nusaybah Maszlee, 24, menerima anugerah itu yang antaranya Anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Cemerlang pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa dan meraih markah cemerlang bagi keseluruhan semester iaitu purata gred kumulatif (CGPA) 4.0.
Dr Maszlee turut berkongsi kejayaan anak perempuannya yang juga penuntut jurusan Bachelor International Relations and Affairs, School of Foreign Services, Universiti Georgetown, Qatar itu menerusi video di akaun Twitter beliau.
Kejayaan Nusaybah membanggakan rakyat negara ini kerana dia satu-satunya mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang mendapat anugerah seumpama itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara mengucapkan tahniah kepada Nusaybah di akaun Facebook (FB).
Untuk rekod, bapa Nusaybah iaitu Dr Maszlee adalah bekas Menteri Pendidikan ke-19 manakala ibu Nusaybah Dr Hamidah Mat adalah seorang pensyarah.
@jurnal.malaysia Tahniah Nusaybah!❤️🔥 berjaya harumkan nama Malaysia🫡 #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #cemerlang #anugerah #universitiqatar #maszleemalik ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Sementara itu warga Twitter turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan cemerlang Nusaybah.
“Anak yang hebat datang dari ibu bapa yang hebat! Tahniah Nusaybah, Dr Maszlee dan Dr Hamidah!”
“Awak buat Malaysia bangga! Satu-satunya mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang mendapat anugerah sehebat itu!”.
Antara komen yang ditinggalkan warganet kepada Nusaybah. – JURNAL