Pada Sabtu lalu, tular video seorang wanita dan pasangannya seorang ‘pengkid’ (wanita berperwatakan lelaki) meraung minta maaf selepas perbuatan mereka mendera kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun terbongkar.
Hasil video tular tersebut telah membawa penangkapan pasangan terbabit.
Difahamkan, kakak-kanak malang tersebut merupakan anak kepada suspek wanita berusia 27 tahun, disyaki telah didera pengkid berusia 30 tahun tersebut.
Menerusi video tular, pasangan tersebut dilihat menangis dan merayu memohon ampun daripada penduduk supaya tidak diapa-apakan.
Sebelum itu, jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa di Pasir Gudang, Johor menyerbu rumah didiami dua beranak itu.
“Sakitnya hati tengok pengkid ni! Barulah sekarang nak merayu, meraung! Masa kau dera budak tu mana pergi kemanusiaan kau?”.
“Dasar binatang dua-dua! Tapi nak kata binatang pun, binatang tak sakitkan anak dia sendiri!”
“Bercinta sesama jenis dah satu hal! Dera pula anak yang tak berdosa! Meringkuklah kau dalam penjara sana!”
Antara komen yang ditinggalkan netizen kerana berang dan bersimpati selepas melihat kecederaan mangsa.
Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa
Dalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam semalam.
“Tangkapan telah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) dan mangsa telah dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan. – JURNAL