Pempengaruh, Khairul Aming dipuji warganet apabila dia dan pasukan Sambal Nyet menghantar bantuan dan keperluan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan.
Khairul telah berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.
“Kelmarin sebahagian dari team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan untuk salurkan bantuan banjir.
“Kita cuba bawa sebanyak mungkin bantuan untuk kurangkan beban mangsa banjir kat sana,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran itu juga, Khairul memberitahu sebelum ini telah menghantar bantuan makanan dan minuman kepada 500 orang penduduk ketika keadaan masih teruk.
“Actually ini second trip bantuan banjir yang kita bawa ke kampung-kampung di sanalah. Yang first hari itu, kita bawa bantuan makanan dengan minuman untuk 500 orang penduduk sebab time itu lagi urgent.
“Macam sekarang, Alhamdulillah, banjir dah mula surut. Jadi kita boleh bawa bantuan yang kedua pula.
“Which is bantuan keperluan barang-barang asas ni. Kita belikan bantal, toto, tikar, roti, kain sembahyang, kain pelikat, kain sarung, rice cooker, beras, sardin dan macam-macam lagi,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut memohon orang ramai yang berkemampuan tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut yang rata-ratanya terjejas kerana musibah.
“After effect, banjir itu sangat teruk dekat sana sebab ada rumah yang tenggelam sampai ke atap dan ada juga yang kerosakan motosikal dan kereta.
“Jadi mereka sangat perlukan bantuan daripada kita semua. Harap you guys boleh bawa bantuan sekali, sedikit sebanyak kita boleh tolong dan kurangkan beban mereka di sana,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan terima kasih kepada Khairul dan pasukannya kerana keprihatinan mereka.
Mereka turut mendoakan agar Khairul dan seluruh keluarga Sambal Nyet dimurahkan rezeki. – JURNAL