Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk bersenjatakan pisau pemotong daging di sebuah kawasan perumahan di Taman Lembah Maju, Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 10.51 pagi.
Beliau berkata, suspek berusia 45 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu berjaya ditahan oleh anggota polis pada pukul 11 pagi.
“Turut dirampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia sepanjang 30 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
@jurnal.malaysia Kejadian berlaku di kawasan apartment Taman Lembah Maju, Pandan Indah, semalam. #trending #viral #jurnalmalaysia #beritaviraltiktok #malaysia #currentnews #currentaffairs #article #hangat #panas #fyp #foryoupage ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Jelasnya, semakan polis mendapati suspek mempunyai rekod menjalani rawatan di wad kuning pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Suspek kini dirujuk ke HKL dan ujian air kencing akan dilakukan selesai rawatan,” ujarnya.
Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – JURNAL
Sumber: Utusan TV