Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun ke atas seorang wanita di sebuah stesen minyak di Cheras, pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, menerusi video berdurasi 14 saat itu, mangsa tidak menyedari sedang diperhatikan suspek yang menunggunya untuk membuka kunci pintu kenderaan.
@jurnal.malaysia Mintak semua lebih peka dan berhati-hati lepas ni, benda-benda macam ni boleh dielakkan🙏🏻 #jurnal #jurnalmalaysia #news #breakingnews #hit #portal #sensation #viral #trending #stesenminyak #samun ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Zam Halim menambah, selesai mengisi petrol, wanita itu terus membuka kunci pintu kereta dan dengan pantas suspek menyamun beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan.
Menurut beliau, hasil semakan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi dan melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki sebuah motosikal.
“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan yang disamun dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500,” jelasnya memetik kenyataan dikeluarkan semalam.
Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – JURNAL