Baru-baru ini tular gambar dan video kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.
Antaranya, dakwaan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor cuba mengampu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan daripda itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong tampil menjelaskan ia bukan dibuat atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebaliknya, ia sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.
“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.
@jurnal.malaysia Ia merupakan amalan kerajaan negeri Sabah bagi menyediakan kenderaan kepada tetamu VIP semasa lawatan kerja🫱🏻🫲🏼 #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #noplate #wanazizah #perdanamenteri ♬ Dj Care Bebek Thailand Style (Remix) – MVC Project
“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi,” jelasnya dalam sehuah kenyataan.
Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan itu termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan berkenaan.
“Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu”, katanya. – JURNAL