Satu video tular di media sosial TikTok kekecohan bergaduh mulut dipercayai antara pesakit dengan kakitangan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun Bisma Ali, kejadian itu dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa doktor.
“Gaduh di hospital, bahagian jantung. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Khidmat yang sangat teruk,” katanya pada keterangan video tersebut.
BACA: [V] Pesakit Amuk Di Hospital Serdang, Menteri Minta Maaf- “Mohon Simpati Kepada Petugas”
Dalam pada itu, kedengaran suara bergaduh mulut daripada pesakit yang menunggu dan kelihatan kakitangan hospital cuba memberi penjelasan dan menenangkan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas sama sewaktu berurusan di fasiliti kerajaan sekali gus mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) bertindak sewajarnya menyelesaikan isu tersebut.
“Semua hospital sama. Bila kita banyak komplen, ramai cakap nak cepat pergi swasta. Entahlah tengoklah sendiri, dulu dan sekarang sama sahaja,” luah Seyhajalil.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui berlaku sedikit salah faham sehingga menyebabkan tercetusnya kejadian terbabit.
BACA: Khalayak Perasan Kehadiran Dr Zaliha Buat ‘Spot Check’ Di HTAR – “Ya, Malam Tadi Memang Dia!”
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu, selain membuat permohonan maaf.
Beliau berkata, kehadiran pesakit yang ramai juga menyebabkan waktu menunggu yang panjang.
“Saya difahamkan ada salah faham, kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan sedang menggunakan telefon untuk menguruskan temu janji pesakit. – JURNAL
Sumber: BERITA HARIAN