Sebuah video tular yang memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Exora selepas mengisi minyak di sebuah stesen mencuri perhatian ramai.
Video yang dimuat naik pengguna TikTok @hafizahabuhassan itu telah mencuri perhatian ramai dah telah mendapat lebih 32,600 tanda suka.
@hafizahaabuhassan♬ DJ COMANDO MAPOPO MBONA WAMESHA SYALALA VIRAL TIKTOK – DJ REVO REMIX
Difahamkan, pengguna TikTok tersebut merupakan mangsa pemandu kereta saga yang didakwa ‘tingtong’ oleh wargamaya di ruangan komen.
Kejadian malang itu berlaku ketika Hafiza sedang mengisi petrol kenderaannya di sebuah stesen minyak sekitar Damansara Damai.
“Dugaan hari ini dekat Caltex Damansara Damai. Nampak pemandu kereta merah macam ‘tingtong’ tiba-tiba melanggar kereta kami,”
tulisnya dalam video berkenaan.
Dalam pada itu, ramai pengguna mula membuat spekulasi sendiri rentetan pemilik video berkenaan tidak menceritakan secara lebih jelas mengenai insiden berkenaan.
“Disebabkan hal sebegini, kalau isi minyak kena matikan enjin. Tak faham aku jenis orang yang tak matikan enjin. Papan tanda pun ada letak,” komen @Allin1shop.
“Kereta jenis auto bahaya, manual kalau tak tekan ‘clutch’ memang tak akan bergerak. Kereta auto pijak sahaja terus bergerak,” kata @Rockkapak.
“Sumpah bahaya! Macam mana boleh jadi macam ni, tak faham. Bahayakan keselamatan orang lain,” tulis @NajihahElias.
Menerusi video berlainan, pemilik video berkenaan turut berkongsi keadaan keretanya yang kemek teruk akibat dirempuh kereta Saga berkenaan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua yang terlibat dalam insiden berkenaan dilaporkan selamat. – JURNAL