Semalam tular video menampakkan sepasang kekasih melakukan aksi tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Axia berwarna merah.
Menerusi klip berdurasi 18 saat dirakam oleh seorang individu itu, pasangan terbabit disyaki membuat onar di kawasan parkir di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dua individu terbabit iaitu lelaki 22 tahun dan remaja wanita 17 tahun ditahan di dua lokasi berbeza secara berasingan semalam.
Siasatan awal mendapati, video tersebut dirakam pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu dan hanya tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.
“Polis mengesan video tular berkenaan, bertindak di atas maklumat, kedua-dua susek telah ditahan secara berasingan masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang hari ini,” katanya.
Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan polis merampas kereta Perodua Axia dan sehelai t-shirt merah dan putih sebagai bahan bukti untuk siasatan.
@boom.malaysia Inilah defini sebenar orang yang ambil kesempatan… hehehe #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #fyp #trending #axiamerah #bulansabitmerah #hit #popular ♬ original sound – Boom! Malaysia
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman pejara selama tempoh dua tahun.
Terdahulu video pasangan kekasih itu melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta Perodua Axia tular di media sosial. Lelaki itu memberi alasan kononnya sedang membantu kekasihnya yang sakit, malah sempat meminta perakam memadamkan video tersebut. – JURNAL
Sumber: HARIAN METRO