Bermula dengan aksi pembukaan pada 23 Mei lalu Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) terus menjadi tumpuan.
Sejak dua hari lalu tular video dan foto menarik pertunjukan udara di LIMA’23 di media sosial.
Lebih menarik lagi apabila, Pasukan Pesawat Pejuang Aerobatik Black Eagles Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) turut menjadi perhatian ramai.
Malah, ramai pula yang berkongsi video juruterbang ROKAF dan memuji paras mereka yang kacak persis bintang filem.
Ada juga yang menyamakan gaya mereka seperti babak dalam drama bersiri popular Korea Selatan, Descendants of the Sun yang terkenal pada tahun 2016.
@jurnal.malaysia Memang elok betul la pilot korean ni😭 dah macam tengok drama korea je🥺 p/s : minta halalkan video yang kami ambil ya. • 📹 Kredit : T Rex Wan / miiiiiiiiiiii • “ Untuk kredit atau apa-apa berkenaan video, sila DM min dulu ya 🙏 “ • #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #viral #trending #fyp #lima23 #limalangkawi2023 #korean #pilot #dots ♬ original sound – Jurnal Malaysia
LIMA’23 dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya selepas berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia pada tahun ini.
Penganjuran edisi kali ini turut melibatkan penyertaan daripada lima negara yang terkenal dengan pertunjukan udara iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjangkakan LIMA’23 bakal menarik kehadiran 45,000 pengunjung perdagangan serta 250,000 pengunjung awam.
Selain itu, 119 pesawat akan menyertai pameran statik dan aerobatik sempena penganjuran kali ini, selain 40 kapal tentera laut dari dalam dan luar negara. – JURNAL