Lionel Messi berdepan masalah di Lapangan Terbang Beijing apabila tersekat di kawalan sempadan selepas cuba menggunakan pasport Sepanyol daripada menggunakan pasport Argentina miliknya.
Messi, 35, tiba di China dengan jet peribadi yang turut disertai ‘pengawal peribadi’ dan beberapa rakannya termasuklah Angel di Maria.
Dia terbang ke China untuk menyertai rakan sepasukannya bagi aksi persahabatan berdepan Australia, esok.
Bagaimanapun, selepas tiba di Beijing, tular di laman media sosial mengenai satu video di mana Messi dikelilingi beberapa pegawai polis.
Messi dilihat memegang pasportnya ketika sedang bercakap dengan kumpulan pegawai polis terbabit dan media tempatan melaporkan masalah timbul susulan Messi menggunakan pasport yang salah.
@jurnal.malaysia Messi cuba mengguna pasport Sepanyol daripada menggunakan pasport Argentina miliknya. #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #beijing #messi #pasport #sepanyol ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Turut dilaporkan bahawa Messi percaya disebabkan dia boleh berkunjung ke Taiwan menggunakan pasport Sepanyolnya jadi dia boleh berbuat demikian untuk ke China.
Messi dipetik sebagai berkata ‘adakah Taiwan bukan China?’ dan Messi tidak memiliki pasport Argentinanya walaupun bermain untuk skuad kebangsaannya pada minggu ini.
Messi terpaksa ‘ditahan’ selama dua jam sebelum akhirnya menerima visa dan dibenarkan memasuki Beijing. – JURNAL
Sumber: BH ONLINE