Pembuat mainan Mattel julung kali memperkenalkan Barbie Sindrom Down dalam usaha menjadikan rangkaian anak patungnya lebih inklusif.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global Barbie & Dolls Mattel, Lisa McKnight, berkata pihaknya menjalin kerjasama dengan Persatuan Down Sindrom Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) untuk menghasilkan patung yang memiliki rangka lebih pendek dan badan lebih panjang, berbanding rangkaian Barbie yang lain.
Katanya, wajah anak patung baharu itu juga berbentuk bulat, selain memiliki mata bundar, telinga lebih kecil dan hidung yang pesek.
“Tapak tangan patung itu juga memiliki ciri yang sering dikaitkan dengan individu mengalami sindrom down,” katanya dalam sebuah.
Patung berkenaan mengenakan gaun lengan gelembung dengan motif rama-rama berona kuning dan biru yang sering dikaitkan dengan kempen kesedaran sindrom down.
@jurnal.malaysia Menarik betul keluaran Barbie kalini😍 kanak-kanak down syndrome juga sama seperti kanak-kanak lain🥹 📹: @brut.off #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #mattel #barbie #downsyndrome ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Lisa berkata, patung itu turut dihiasi rantai dengan tiga chevron ke atas yang mewakili tiga salinan kromosom ke-21 serta ortotik di buku lali dengan kedua-dua perhiasan itu dibuat dalam merah jambu.
“Matlamat kami untuk membolehkan semua kanak-kanak melihat diri mereka dalam Barbie, selain menggalakkan mereka bermain dengan patung yang seperti mereka,” katanya. – JURNAL
Sumber: REUTERS