Selepas membuat luahan kecewa dizalimi majikannya, penghantar makanan dikenali sebagai Muhd Saifuddin Mustafa dijemput ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Saifuddin telah berkongsi momennya bersama Amirudin menerusi video rakaman berdurasi lebih 30 saat dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun ‘Saifulxander’.
Video tersebut setakat ini telah mendapat hampir 70,000 tontonan.
@jurnal.malaysia Alhamdulillah, masih ada yang prihatin🥹 #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #bantu #menteribesar #ditindas #zalim #rider ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Kemesraan ditunjukkan Menteri Besar menyambut kedatangan Muhd Saifuddin ke kediamannya turut menarik perhatian netizen selepas ia dimuat naik ke platform media sosial itu pada Selasa.
“Alhamdulillah tahniah kedua-duanya, lega rasa bila Menteri Besar sendiri ambil tahu,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, Kaki Sidai pula berkata, Menteri Besar sebelum ini juga telah memberikan bantuan kepada 500 penghantar makanan di negeri berkenaan.
“Menteri Besar ini juga memberi 500 bantuan kepada rider-rider, terbaik Pakatan Harapan,” katanya.
Pada Isnin, tular di laman sosial seorang penghantar makanan sebuah syarikat menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa dizalimi oleh majikannya berhubung soal pembayaran gaji.
@jurnal.malaysia Semoga dipermudahkan urusan abang foodpanda ni yer🥹 #jurnal #jurnalmalaysia #news #recent #current #no1 #local #trending #viral #fyp #kejam #kecewa #foodpanda ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Menerusi rakaman yang dimuat naik di aplikasi media sosial TikTok, lelaki berkenaan mendakwa gaji yang sepatutnya diterima berjumlah RM800 bagaimanapun individu berkenaan mendakwa hanya menerima bayaran sejumlah RM500.
Menurutnya, persoalan itu telah diajukan kepada syarikat berkenaan.
Bagaimanapun katanya, majikannya menyatakan soal pembayaran gaji dibuat dengan secukupnya selain isu penggantungan akaun (ID) adalah disebabkan kekerapan membuat pembatalan penghantaran.
Individu berkenaan yang baharu sahaja pulih daripada penyakit kanser tahap tiga mengharapkan rakaman berdurasi lebih dua minit itu mendapat perhatian majikannya.
Dalam pada itu, syarikat penghantar makanan terbabit menerusi kenyataan ringkas pada Isnin menjelaskan pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan tersebut.
Menerusi kenyataan sama, pihaknya juga akan menghubungi pekerja terbabit untuk maklumat lanjut. – JURNAL