Menjelang tahun kelima jenama Liyana Collection memasuki pasaran, saban waktu syarikat pengeluar produk pakaian tersebut dilihat semakin giat berkembang.
Terbaharu pada tanggal 15 Mac lalu telah berlangsungnya pertunjukkan fesyen iaitu Kedah Rona Raya bertujuan memperkenalkan koleksi Aidilfitri jenama berkenaan di ABC Grand Ballroom, Alor Star, Kedah.
Pengasasnya, Asrul Raihan memberitahu JURNAL, sempena sambutan hari raya tahun ini yang bakal tiba tidak lama lagi, terdapat tujuh koleksi baharu dikeluarkan pihaknya.
“Alhamdulillah, sudah lima tahun bisnes saya bersama isteri ini beroperasi dan setiap tahun kami menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Justeru tahun ini, Liyana Collection terus menghargai sokongan yang diberikan semua pihak dengan melancarkan beberapa koleksi terkini,” katanya.
Katanya Asrul, bagi kempen LYC RAYA 2023, jenamanya menawarkan seleksi baju kurung dengan rekaan eksklusif dan pastinya mengikut cita rasa fesyen semasa.
Tambah isterinya, Liyana Ghani selaku pengasas bersama, terdapat enam jenis potongan baju kurung dan kebaya buat kaum Hawa dan dijual di butiknya.
“Menariknya kali ini, kami memperkenalkan set baju ibu bapa bersama anak-anak tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.
“Terdapat lima jenis potongan baju kurung yang kami jual iaitu moden, doll, mini, Kedah dan kebarung, malah ada juga kebaya.
“Pada masa lama, LYC juga menjual baju Melayu lelaki serta set baju untuk pasangan sama ada antara suami dan isteri atau ibu bapa bersama anak-anak,” jelasnya.
Menurutnya lagi, selain pelanggan boleh datang dan beli sendiri di butik mereka yang terletak di dalam Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Alor Star, koleksi #LYCRAYA2023 juga dijual di platform atas talian iaitu di laman sesawang rasmi https://www.liyanacollection.com/collections/kurung. – JURNAL