Selepas kecoh di media sosial kerana mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap anggota berpangkat Lans Koperal, seorang Inspektor wanita sekali lagu menjadi bualan warganet.
Sejak semalam, tular rakaman pergaduhan mulut inspektor wanita tersebut di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah Nu Sentral.
Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna Twitter Amran Fans, memaparkan inspektor wanita tersebut tidak berpuas hati apabila disapa dengan panggilan “hoi” ketika hendak masuk ke petak parkir.
Susulan insiden tersebut, mangsa yang berasakan dirinya ‘diganggu’ inspektor wanita tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Brickfields.
Pengadu mendakwa wanita berketurunan india tersebut juga mahu menampar mukanya tetapi perbuatan tersebut dihalang beberapa saksi yang berada di tempat kejadian.
Selain itu dalam laporan polis yang dibuat, mangsa memberitahu tujuan dia membuat aduan kerana mahu melindungi dirinya dan keluarga.
Terdahulu, media melaporkan, wanita tersebut yang juga suspek kejadian berkaitan penghinaan terhadap anggota polis telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.
Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. – JURNAL