Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan pada tengahari Jumaat.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, kejadian berlaku ketika pesawat membawa 194 penumpang dan enam anak kapal itu berada pada ketinggian 700 kaki dan kira-kira dua minit sebelum mendarat.
Sejurus mendarat, penumpang berusia 30-an itu berjaya ditahan pihak berkuasa.
@jurnal.malaysia Jangan cuba-cuba benda yang bahaya ni😡 kalau tak libatkan nyawa orang lain takpa😡 p/s : minta halalkan video yang kami ambil ya. • 📹 Kredit : Zarul Umbrella • “ Untuk kredit atau apa-apa berkenaan video, sila DM min dulu ya 🙏 “ • #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #viral #trending #fyp #tular #hiperventilasi #bahaya #bukapintu #pesawat ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Menurut portal tempatan, 12 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat hiperventilasi, sembilan daripadanya dihantar ke Hospital Daegu untuk rawatan lanjut.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pulau Jeju ke Daegu dan ketika pintu kecemasan terbuka, pesawat terbabit dipercayai terbang pada kadar 334 kilometer sejam. – JURNAL