Ramai pengunjung menzahirkan rasa kagum selepas mendapati sebuah kuarters polis di Sungai Petani, Kedah, bertukar menjadi sebuah hotel yang cantik.
Seorang pengguna TikTok, Alia Izaaty menerusi perkongsian video akui pada awalnya ‘memandang rendah’ dengan keadaan hotel yang telah ditempahnya.
“Tengok dari luar dah nampak biliknya mesti biasa. Memang serupa macam kuarters polis, ingatkan dia ubah macam hotel.
“Tak sangka luar saja macam tu, tapi dalamnya mewah. Kami duduk bilik vip, keseluruhannya sangat puas hati. Menyesal underestimate (pandang rendah),” katanya.
Orang ramai turut menyokong usaha untuk mempelbagaikan fungsi fasiliti kerajaan terbiar supaya ia dapat dimanfaatkan seperti itu.
@jurnal.malaysia Kena cuba juga ni bermalam dekat hotel rare macam ni😍 #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #hotel #renovate #kuarters #sungaipetani ♬ original sound – Jurnal Malaysia
“Idea yang bagus. Moga lebih banyak lagi kuarters kerajaan yang terbiar dapat dibangunkan semula.
“Terbaik, saya pun dah lama fikir buat rumah sewa untuk orang bujang atau pelajar pun ‘okey’. Contoh dekat kuarters Jalan Ipoh tu.
“Bagus juga macam ni, boleh elak pembaziran. Banyak lagi kuarters guru, polis dan askar dah terbiar. Bagi B40 yang sangat perlukan rumah tinggal, lagi bagus. Duit sewa kerajaan dapat,” memetik beberapa respons positif netizen. – JURNAL