Khairy Jamaluddin (KJ) memulakan tugas sebagai penyampai radio bersama AG dan Johan dalam segmen Bekpes Hot di Hot fm pagi tadi.
Bekas Menteri Kesihatan itu kedengaran ceria ketika mengendalikan segmen tersebut dengan membincangkan pelbagai topik disamping melayan panggilan daripada pendengar.
Antara topik yang disentuh KJ pagi tadi ialah mengenai pelekat cukai jalan yang tidak perlu lagi dilekatkan di cermin kereta.
Ketika membicarakan tentang topik tersebut KJ sempat memuji Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana melakukan penambahbaikan.
“Sekarang ni kita tak perlu lagi tampal roadtax di cermin kereta, kalau tidak dulu bila tanggal pun masih ada sisa pelekat pada cermin. Ini satu usaha yang patut dipuji.
“Anthony kalau anda mendengar ini, terima kasih daripada saya dan tahniah!,” katanya.
Terdahulu, KJ telah diberi tawaran oleh Media Prima Audio (MPA) untuk menjadi penyapmpai radio mereka di Hot fm, mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama AG, Johan dan Farah Fauzana.
KJ kemudiannya secara terbuka mengesahkahkan beliau menerima tawaran daripada MPA menerusi panggilan telefon ketika segmen Bekpes Hot dikedalikan Datuk AC Mizal, AG dan Johan pada minggu lalu.
KJ akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu, bermula hari ini, 15 Februari. – JURNAL