Perodua Myvi, memang betul-betul ‘King of The Road’ buatan Malaysia yang sering mendapat perhatian orang ramai.
Walaupun kereta tersebut nampak kecil, tetapi jangan dipandang rendah dengan kemampuannya untuk melakukan perkara yang tidak dijangka.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @SiLagaLiar berkongsi sebuah video menunjukkan keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang dilihat agak luar biasa.
Mana tidaknya, Myvi tersebut dilihat ‘terpacak’ di tepi sebuah jalan raya pada waktu malam dengan lampu depan dan belakangnya masih menyala.
Peliknya, Myvi itu ‘terpacak’ di atas rumput melepasi penghadang jalan raya dan situasi itu sekali gus mencetus tanda tanya bagaimana kereta tersebut boleh melepasi halangan berkenaan.
Salah seorang pengguna jalan raya sempat merakam keadaan Myvi itu ketika melalui jalan raya berkenaan.
Ruangan komen video itu dipenuhi dengan pelbagai komenpengguna media sosial yang terhibur melihat keadaan kereta tersebut.
Siap ada yang mencadangkan agar dibiarkan sahaja kereta itu di lokasi terbabit sebagai mercu tanda pelancongan di Malaysia. – JURNAL