Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada pukul 8.30 malam tadi, pihaknya telah mengesan satu tag pada Twitter Polis Diraja Malaysia oleh pemilik akaun mambiar24 berkenaan satu video TikTok milik akaun mustafa_khan1992 yang memaparkan insiden kekecohan melibatkan beberapa individu di Pasar Raja Bot.
Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati hantaran asal video tersebut adalah di pautan sebuah akaun TikTok milik Mustafa_khan2203.
@mustafa_khan1992Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada rakyat Malaysia!! Update yang seterusnya dari kami semasa kami hadir ke premis AJ BEST untuk persiapan liputan berita untuk keesokan hari, kami mendapati ada 2 biji van DBKL di hadapan lobi tersebut.Apabila kami sampai di hadapan premis AJ BEST tersebut, kami mendapati lebih 30 orang ahli yang memakai vest kuning di percayai dari persatuan penjaja kecil melayu cawangan bot. Kami hadir tanpa ada membuat sebarang kekecohan.Sebelum kami sampai disana (Aj best) Mereka telah bertindak agresif terhadap dan juga memasuki premis AJ BEST tanpa kebenaran dan terus menghalau pekerja yang bekerja di premis AJ BEST.Persatuan tersebut melindungi warga asing dan memberikan tapak perniagaan milik rakyat Malaysia kemudian memberi kepada warga asing untuk berniaga. Ketika kami beredar dan ingin memasuki kereta,kami terdengar satu bunyi hentakan dari luar kereta,ketika itu pengerusi kami Mustafa Khan keluar dan mendapati lampu kereta kami telah di pecahkan oleh ahli persatuan terbabit.Pengerusi kami menjerit kepada mereka di atas perbuatan mereka tetapi pengerusi kami tiada membuat sebarang tindakan keras,Manakala yang memecahkan cermin lampu tidak mengaku. didalam video ini kami bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan .Serta didalam video ini kami menjelaskan segala tuduhan,pandangan dan tindakan yang bakal diambil oleh pihak @PHMM kami nanti♬ original sound – Mustafa_khan2203
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah pun membuka satu kertas siasatan ke atas video sama yang tular sebelum ini pada 11 April lalu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Siasatan sedang berjalan dan beberapa individu serta pihak tertentu telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.
Beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE