Di media sosial tular seorang lelaki berlagak samseng dengan melemparkan kata-kata kesat dan mengasari seorang pemandu wanita.
Menerusi video yang dipercayai dirakam rakan wanita tersebut lelaki bertubuh gempal tiba-tiba menghampiri keretanya sebelum melemparkan kata-kata kesat.
Lelaki tersebut mendakwa wanita itu memandu secara berbahaya.
Lebih memeranjatkan, lelaki terbabit dirakam menepuk kepala pemandu wanita itu sebanyak dua kali sebelum beredar, walaupun mangsa sudah memohon maaf berkali-kali.
Dia turut mengugut akan mengasari penumpang kereta mangsa.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Tapah, Perak baru-baru ini.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam sikap lelaki itu dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
“PDRM tolong kutip jantan tak guna ni! Samseng macam ni tak elok dibiarkan berkeliaran!”
“Kalau ya pun budak perempuan tu salah, apa hak kau tepuk kepala dia macam tu? Dua kali pulak tu? Harap mangsa buat laporan polis.”
“Tolonglah buat laporan polis dik! Samseng taik minyak macam ni jangan biar. Dengan perempuan beranilah!”
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk, selain menghina fizikal samseng jalan raya tersebut. – JURNAL