‘Inspektor Sheila‘ yang beberapa kali videonya tular sejak dua minggu lalu, tiba di Mahkamah Selayang sebentar tadi bagi menghadapi tuduhan mengugut dan mengaibkan.
Pegawai polis wanita itu ditemani peguamnya M Manoharan, hanya tersenyum dan mengucapkan ‘selamat pagi’ apabila disapa oleh pemberita dan jurugambar yang berkumpul di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi.
Dia yang memakai sut hitam, dijangka akan berdepan tiga pertuduhan iaitu satu tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) dan dua tuduhan mengikut Seksyen 509 kanun sama (mengaibkan).
Difahamkan, pendakwaan akan dijalankan di dua mahkamah majistret berasingan.
Jika sabit kesalahan, tuduhan ugutan boleh membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala bagi kesalahan mengaibkan pula, memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebelum ini, pegawai berkenaan menerima kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal dalam kejadian sekitar Gombak, Selangor.
Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan sebelum ditahan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
@jurnal.malaysia Pendakwaan akan dijalankan di dua mahkamah majistret berasingan. #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #ugut #aib #inspektorshiela ♬ original sound – Jurnal Malaysia
BACA: [V] Lepas Hina Lans Koperal, Inspektor Buat Hal Lagi! Kali Ini Mangsa Buat Laporan Polis
Media sebelum ini turut melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang bertengkar dengan orang awam di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini.
Sumber: BHONLINE
Foto: ASTRO AWANI