Berbeza seperti kebanyakan kisah drama yang dipertontonkan tentang watak seorang ibu tiri, seorang wanita sanggup bersusah payah naik mahkamah demi menuntut hak penjagaan ke atas anak tirinya yang sempat dijaganya buat seketika.
Menuruti permintaan suaminya yang juga bapa kandung kepada anak bernama Rahul supaya membawanya bersiar-siar dan bercuti, kata wanita itu, si anak mengadu dirinya tidak gembira sepanjang duduk sebumbung bersama ibu.
Bahkan Rahul juga mendakwa, ibunya suka memperbandingkan dirinya dengan adik-beradik tiri hasil perkahwinan terbaharu.
Meskipun bukan anak yang lahir daripada rahimnya, wanita berkenaan sanggup terbang jauh ke kota lain untuk berbincang lanjut dengan keluarga bekas isteri suaminya demi menunaikan hasrar diinginkannya.
Walaupun terang-terangan sudah gagal memberikan Rahul perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya, akan tetapi ibu kandungnya lantas membantah keras kemahuan disuarakannya.
Hadir ke sana untuk berbincang secara baik, malangnya ketegangan tiba-tiba berlaku apabila ahli keluarga ibu Rahul menengking dan memulakan provokasi.
@bangjimzz_yeah trimaksih buat istri ku @Ownerhouseeofbeauty yg slalu ada menemaku dan memperjuangkan surat hak aduh buat rahul papa sayang @rahul . #rahul #rahulberhakbahagia #bahagialaslalubersamapapa #fyp #brewok #serumglowbiral #serumpink ♬ suara asli – Bangjimzz_
Sepanjang itu juga, Rahul terus menarik tangan ibu tirinya untuk meleraikan pergelutan sebelum melarikan diri.
Namun, tindakan Rahul itu ternyata jelas memberi isyarat bahawa dia enggan lagi tinggal bersama ibu kandungnya. – JURNAL