Seorang guru wanita diselar wargamaya apabila bertindak memadam solekan pada wajah seorang pelajar ketika majlis sambutan Hari Kebangsaan di sebuah sekolah rendah, baru-baru ini.
Kejadian tersebut dirakam sendiri oleh bapa kepada pelajar perempuan tersebut yang dikenali sebagai Ammara.
Menurut bapa Ammara, anaknya menangis selepas guru tersebut memadam solekan pada wajah anaknya sambil memarahi kanak-kanak tersebut.
Tindakan guru tersebut juga dianggap melampau oleh kebanyakan wargamaya termasuk yang bergelar guru sendiri.
@shazliey1 pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Menurut mereka, guru wanita tersebut tidak sepatutnya bertindak keterlaluan kerana acara sedemikian hanya dianjurkan setahun-sekali di sekolah.
“Saya pun seorang guru. Saya sendiri tidak setuju cikgu tu buat macam tu, sambil herdik dan marah pelajar tersebut. Kami di sekolah, sentiasa seronok apabila anak-anak kelihatan cantik dan bersemangat, kagum dengan ibu bapa yang turut sama menyokong aktiviti ini di sekolah,” komen seorang guru.
“Kesian Ammara, mesti malu dan sedih bila jadi macam tu. Yang cikgu pun kenapa siap cakap dia tak paham bahasa bagai? Trauma Ammara, next time mesti dia dah tak nak join acara macam ni di sekolah,” komen yang lain pula.
“Aku rasa cikgu ni perlu rawatan kaunseling, dia stress agaknya. Tak pun…baju Ammara lagi cantik daripada anak dia kot!,” sindir seorang wargamaya.
Terdahulu, bapa Ammara berkongsi video anaknya itu yang bersemangat mengenakan busana bertemakan Bollywood untuk menyertai pertandingan Pakaian Tradisional sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekolah.
@shazliey1 kesayangan papa #comel #hindustan #bollywood #fashiontiktok #ammarakeysha #papa #ammarakeysha ♬ Si Me Llamas – SARAH SARAH
Beliau turut berkongsi momen Ammara berlatih di rumah sebagai persediaan untuk acara tersebut.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila seorang guru wanita memarahi Ammara dan memadam solekan tersebut.
Terkejut dengan tindakan tersebut, bapa Ammara bertindak mempertahankan anaknya itu dan menegur perbuatan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan. – JURNAL