Tular di media sosial rakaman berdurasi satu minit tiga saat memaparkan sekumpulan baju merah bergaduh dengan seorang penghantar makanan.
Dalam video itu turut kedengaran lelaki berbaju merah memarahi penghantar makanan supaya mengajar isteri menjaga adab.
Situasi menjadi semakin kecoh apabila tumbuk menumbuk berlaku menyebabkan 11 individu telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah berkata pihaknya masih melakukan siasatan untuk mengenalpasti punca sebenar pergaduhan itu.
Malam tadi, seorang individu yang mengakui ahli keluarga geng baju merah menghubungi Caprice menceritakan situasi di pihaknya. Dakwanya, mereka sekeluarga sebenarnya dah ‘booking’ homestay berkenaan untuk aktiviti hari keluarga selama 3 hari 2 malam.
Pada hari kedua di situ, mereka melakukan aktiviti sukaneka dan tak dinafikan suasana ketika itu bising kerana masing-masing tengah enjoy aktiviti dengan keluarga.
Dia mendakwa, ketika itu datang seorang wanita dan anak mandi di kolam inap desa yang mereka tempah.
Bagaimanapun, keluarga itu membiarkan sahaja kedua-dua beranak tersebut sebelum tiba-tiba si wanita menegur mereka kerana membuat bising.
Namun, mereka menjelaskan bahawa inap desa itu sudah ditempah awal dan pihak pengurusan memang sedia maklum.
Dakwanya lagi, pergaduhan berlaku apabila seorang rider dipercayai suami wanita tadi datang membuat kecoh memarahi keluarganya.
Ujarnya, video yang viral di media sosial sudah dipotong menampakkan mereka yang salah. – JURNAL