Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan tindakan seorang lelaki membunuh kekasihnya dengan sadis ketika mangsa dalam perjalanan ke rumah temannya.
Suspek bernama Sahil Khan berusia 20 tahun melakukan pembunuhan sadis tersebut dengan menikam sebanyak 21 kali sebelum menghempap mangsa dengan bongkah batu.
Agak mengejutkan, pembunuhan itu disaksikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian, namun sekadar menyaksikan mangsa bernama Sakshi, 16, dibunuh kejam tanpa menghulur sebarang pertolongan.
Suspek berkenaan ditahan polis tidak lama kemudian susulan laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa serta video pembunuhan tersebut tular di media sosial. – JURNAL