Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai penceramah bebas, Ebit Lew membantu seorang gelandangan bertatu ketika berkunjung ke Indonesia.
Menerusi video yang dikongsi Ebit di laman sosial Instagram (IG), wanita tersebut yang dikenali sebagai Mondy dikatakan seorang ibu tunggal yang baru berusia 20 tahun.
@jurnal.malaysia Baik hati Ustaz Ebit nak bantu gelandangan ni🥹 semoga dimurahkan rezeki✨ #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #ibutunggal #gelandangan #mondytattoo #ebitlew ♬ Sad and lonely – MoppySound
Difahamkan, Ebit telah membawa Mondy ke Malaysia untuk membantunya mencari peluang pekerjaan.
Malah, sejak beberapa hari di Malaysia Mondy juga dilihat telah memulakan perniagaan Sambal Mondy’s Tempoyak Bilis Petai dan produk tersebut telah pun mula dijual menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, bantuan dihulurkan Ebit telah menjadi pertikaian sesetengah pihak yang mendakwa Mondy bukanlah gelandangan sebenar, sebaliknya seorang model di Indonesia.
Menyoroti komen-komen netizen di media sosial, ada juga yang mempersoalkan ‘gaya mewah’ ditampilkan Mondy sebagai gelandangan.
Ada juga yang meragui status gelandangan Mondy selepas melihat jumlah pengikutnya di TikTok yang mencecah satu juta orang.
Dakwa mereka, bagaimana seorang gelandangan mampu untuk memiliki telefon bimbit dan bermain media sosial.
Tambahan lagi Mondy ketika ditemui terbaring oleh Ebit, mengenakan pakaian yang terlalu cantik, tidak comot seperti gelandangan lain.
Wajah yang disolek sempurna dan pendakap gigi yang dikenakan Mondy juga turut diperhatikan warganet.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada apa-apa jawapan daripada Ebit, walaupun isu tersebut sedang hangat diperkatakan netizen.
Sedikit info, selain menjadi penceramah bebas Ebit juga seorang usahawan yang sering melakukan kerja-kerja amal dengan membantu golongan tidak berkemampuan.
Ebit juga di antara individu yang aktif berdakwah dengan mendekati golongan Mak Nyah, Mat Rempit, bekas banduan dan ramai lagi secara terbuka.
Disebabkan sikapnya yang tidak pernah menilai luaran orang lain, menyebabkan dirinya dikenali dan dihormati ramai. – JURNAL