Didesak untuk berkahwin, seorang lelaki menghenyak teman wanitanya yang baru berusia 19 tahun hingga lunyai.
Suspek dikenali sebagai Pankaj Tripathi, 24, itu bagaimanapun telah ditahan polis apabila rakaman video perbuatannya tular di media sosial.
Pegawai penyiasat polis, Naveen Dubey dalam laporannya menjelaskan, lelaki terbabit merupakan penduduk di Mauganj, India.
Pasangan itu difahamkan sedang berpacaran di tepi pantai sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Menerusi video tersebut, kedengaran mangsa meminta suspek mengahwininya sesegera mungkin sehingga lelaki itu mula menunjukkan riak muka menjengkelkan.
Tidak semena-mena, pemuda berkenaan tiba-tiba naik angin sebelum menendang serta menampar muka gadis malang itu bertubi-tubi.
Suspek pada awalnya ditahan di bawah Seksyen 151 atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam, tetapi dibebaskan kerana mangsa enggan membuat sebarang aduan terhadapnya. – JURNAL